NUFFNANG

Saturday, January 21, 2012

Segway Rides in Kuala Lumpur

Hye guys!
sorry lama tak update..
biasalah.. student life kannn.. :)

so,kali nih Oshin nak cerita pasal apa erkk??

Haaaa.. Oshin nak cerita pasai Segway Rides kat KL.
*idea mai time tengok Buletin Utama tadi.. then saja gatai tangan Google pasal benda nih..

  • Jadah apa Segway tu Oshin oi??
Haaa... menurut akak http://answers.ask.com Segway tuuu...
''A Segway is a personal transportation device. It has two wheels that the rider stands between on a small platform, a long handle, and is self-balancing.''


  • macam mana Segway ni bergerak erk?

haa.. yang nih.. mak cik http://science.howstuffworks.com yang bagi jawapan.
''Unlike a car, the Segway only has two wheels -- it looks something like an ordinary hand truck -- yet it manages to stay upright by itself.
To move forward or backward on the Segway, the rider just leans slightly forward or backward. To turn left or right, the rider turns the right handlebar forward or backward.''
then kalau tak salah Oshin.. dia bergerak guna kuasa eletrik....
  • kat mana boleh jumpak Segway nih?
Dekat Lake Garden Park kat KL nuh....
katanya.. tempat yang paling cantik sekali kat KL nuh..
Oshin tak tau..
tak pernah sampai lagi Lake Garden Park nih.. hehe..
*akan p jugak satu hari nanti!

  • Mahai dak kalau nak naik Segway nih?
menurut http://segkl.com untuk 1 Jam perjalanan naik Segway nih.. harga dia..
RM 149.00. untuk pemegang Mycard,budak-budak & orang yang ada kad pelajar international(ISIC) dapat lah 10% diskaun..
*sila kira sendiri. :D
  • ada limit dak untuk berat??
Adaaaaa... paling ringan 40kg and paling berat 117kg..
dekat handle segway tu pulak.. cuma boleh gantung something yang berat dia dibawah 4.5kg.
  • Laju dak Segway nih Oshin??
okeh.. untuk kelajauan dia.. ada terbahagi kepada dua..
Beginner and Standard.
Untuk begginer kelajuan dia setakat 6mph/13kph,
and untuk Standard pulak.. 12.5mph/20kph.

nih Oshin.. ang punya dok syiok cerita pasai benda nih.. tapi.. gambaq ang tak bubuh..
cer tunjuk mai!

haaaa laaaa... nih lah gambaq diaaaa... :D
Credit : http://segkl.com/photo-gallery
okay lahhh.. Got to go...
nak tido awal malam nih..
besok nak pegi Alor setar..
teman ibu oshin jumpak doktor and redeem voucher buku!! hehe.. :)

See Ya!!


XOXO

Lots of Love,

NOTAKAKISAIZ8:kalau nak tau apa-apa lagi maklumat pasal Segway nih.. or nak try naik..
usha lah kat website dey all which is this ''http://segkl.com/'' or Fanpage FB dey all ''https://www.facebook.com/SegKL?sk=wall ''

Wednesday, January 04, 2012

Entry Copy Paste #1

hye guys..
Sem kali nih Oshin busy gila dengan assingments..
STRESS GILA!
sampaikan nak online pun susah.
plus.. keadaan wifi yang kekadang gelong..
nak blogwalking?

LAGILAH tak bole.. :(

lepaih oshin pikiaq 2,3 kali..
sedalam-dalam yang bole..
Oshin dah decide..

time-time oshin tak sempat nak buat entry baru..
oshin akan carik something..
untuk dicopy paste and make it as an entry..

nak harap oshin karang sendiri entry..
nuh.. tahun 2013 pun xdapat lagik.. :D

jom usha entry copy paste kali nih..
Kredit : Kisah Lawak (FB)

'' Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
 Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
 Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
 Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4 
 Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
 Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
 Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
 Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
 Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9 ''


'' no.1 —- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.''


'' no.2 —- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.''


'' no.3 —- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.''


'' no.4 —- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.''


'' no.5 —- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9''


''. no.6 —- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.''


'' no.7 —- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.''


'' no.8 —- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.''


'' no.9 —- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.''

which one is yours??
Oshin punya no.8.. :)



XOXO

Lots of Love,

NOTAKAKISAIZ8:tolong doakan assingments sem nih berjalan lancar k.. :)

Friday, December 23, 2011

WHAT EACH GESTURE MEANS


hye guys!
and again..
short update darik Oshin...
kali nih kita cakap pasal........

apa maksud pergerakan-pergerakan yang couple kita selalu buat tu..
alah macam pegang tangan apa semua tu lah..

Jom usha! :D

WHAT EACH GESTURE MEANS:
- Holding Hands: We definitely like each other.
- Holding you tight pressed against each other: I want you.
- Looking into each other's Eyes: I like you, for who you are.
- Playing with Hair: Let's fool around.
- Arms around the Waist: I like you too much to let go.
- Laughing while Kissing: I am completely comfortable with you.

ADVICE:
- If you were thinking about someone while reading this, you're definitely
in Love.


XOXO

Lots of Love,



Sunday, December 18, 2011

let it snow

hye guys..
short update ja kali nih..
buat pengguna tegar Google Chrome macam Oshin nih..
jom buat trick kat google..

haaa... kali nih bukan barrel tu ok..

korang pegi kat Google.com..
then search let it snow..

haaa.. ada magic tau..
cer tunggu lama-lama..
lagi SMART! :D

okla..
got to go...
see ya!
And..
SELAMAT MENCUBA!

XOXO

Lots of Love,

NOTAKAKISAIZ8:ada lagi trick-trick kat google??
jom share!

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #5



XOXO

Lots of Love,

NOTAKAKISAIZ8: 2bulan blog nih Oshin privatekan..
And now.. I'm back.. :)

Monday, September 05, 2011

I’m 19 but I act like 16



[/] You know how to make a pot of coffee
[/] You keep track of dates using a calendar
[ ] You own a credit card
[ ] You know how to change the oil in a car
[/] You’ve done your own laundry
[ ] You can vote in an election
[/] You can cook for yourself
[ ] You think politics is interesting


TOTAL SO FAR: 4


[/] You show up for school late a lot
[/] You always carry a pen/pencil in your bag/purse/pocket
[ ] You’ve never gotten a detention
[ ] You have forgotten your own birthday
[/] You like to take walks by yourself
[ ] You know what credibility means, without looking it up
[/] You drink caffeine at least once a week


TOTAL SO FAR: 8


[/] You know how to do the dishes
[ ] You can count to 10 in another language
[/] When you say you’re going to do something you do it
[ ] You can mow the lawn
[ ] You study even when you don’t have to
[ ] You have hand washed a car before


TOTAL SO FAR: 10


[/] You can spell experience, without looking it up
[ ] The people at Starbucks know you by name
[/] Your favorite kind of food is take out
[/] You can go to the store without getting something you don’t need
[ ] You understand political jokes the first time they are said
[/] You can type pretty quick


TOTAL SO FAR: 14


[ ] Your only friends are from your place of employment
[ ] You have been to a Tupperware party
[ ] You have realized that practically no one will take you seriously unless you are over the age of 25 and have a job.
[ ] You have more bills than you can pay
[/] You have been to the beach
[/] You use the internet every day
[ ] You have traveled overseas for more than 5 times
[ ] You make your bed in the morning
[ ]  You realized people of the opposite sex might just make better friends.
?
TOTAL: 16
**Repost this with the subject as: I’m (how old you are) but I act like (what you got on the test)


XOXO

Lots of Love,

NOTAKAKISAIZ8: sorry xupdate blog selama 2 bulan..
enjoy post ni dulu k..oshin akan update blog secepat yang mungkin..
doa2kan la tutorial cepat habis... :D

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya.. :)


FUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH...
banyak nya habuk....
nampok benar lama xuodate blog...

sorry guys...
busy dengan class,tutorial n assingment..
kadang-kadang tu sempat blogwalking ja..
nak mengupdatenya...
ermmm...
memang xsempat...

banyak gak entri tertangguh... :'(
InsyaAllah lepas raya nih..
oshin akan try update blog sekerap yang mungkin...

ok lah..
post kali ni..oshin nak ucapkan Selamat Hari Raya..
oshin mintak maaf if Oshin ada buat salah sepanjang oshin start berblogging nih...

nih ada satu pics yang oshin edit sendiri guna photoshop beberapa hari yang lalu*larik darik buat assingment hehe*


ok la..
oshin nak sambung kemas rumah..
nanti oshin cerita lain k...


XOXO

Lots of Love,



Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #4


sempat jugak join minggu ni walaupun wifi teruk...
alhamdulillah... :)



XOXO

Lots of Love,

Friday, July 08, 2011

berikan oshin masa bole?


hye guys...
update kali ni simple jer...

tengah serabut kepala ngan rupa dashboard yang baru...
terkejut jugak tengok tadi...

dulu macam ni....


sekarang..
macam yang dekat dashboard korang la kan??
or...
oshin sorang jer yang jadik macam lain...
xmacam dashboard kat atas???



oshin still dalam keadaan nak sesuaikan diri...
niat hari ni..
nak follow semua blog yang oshin aim nak follow...
banyak gak blog yang nak follow...
tapi..
masalah wifi pulak...
kerja no internet access ja...
adoi~

terpaksa la tunggu balik SP untuk follow blog..
banyak followers baru yang oshin xsempat nak g usha...

tapi... u guys jangan risau..
oshin selalu copy link blog korang...
then pastekan kat words or sticky notes..

bila sempat..terus terjah blog korang..
kalau xcopy paste link pun..
oshin akan screen capture ja..

ni ada few blog link yang oshin save  dalam words or sticky notes... :)






doakan oshin dapat follow blog korang A.S.A.P k...
nak blogwalking pun payah sekarang ni...


2.3 hari ni..
oshin teramat bz..
yer la...
wallet hilang,
assingment n tutorial nak kena submit..
nak online FB pun xsempat...

ok lah...
setakat ni jer dulu post kali ni...
batery lappy dah on standby mode nih..

till da next post peeps.. :)


XOXO

Lots of Love,


Tuesday, July 05, 2011

JANGAN CUTI DAH LEPAS NI BOLE?

kehadapan kak ayu,


semenjak peninggalan kak ayu...
kami berempat di sini dalam keadaan sihat-sihat saja...
cukup makan,cukup tidur dan cukup mandi..


pada hari mula kak ayu meninggalkan kami semua...
kami bertiga(kak mimi xder..keluar g mna ntah) nekad untuk order makanan kat kedai Tok Adam...
bukan nak mengingkari janji kita untuk banned Tok Adam buat satu jangka masa pendek...
sungguh tak der niat nak mengingkarinya...


kami.....
kami....errrrr...
terpaksa...
Mutiara Tomyam tutup..
Kedai fitri pulak..macam biasa la...
bukan ada yang sedap pun kan..hehe.. :p


Alhamdulillah...
xder masalah yang berlaku semalam..
makanan sedap... :)


tapi...
part yang tak best terjadi sebelum kami order makanan ya...


petang tersebut..
sebelum kak mimi keluar...
itu abg Amar(tau kan sapa??)...
telah berbaik hati memberi kami sebijik DURIAN dan jugak sepelastik RAMBUTAN..
terima kasih abg Amar..haha!!


jadik..
setelah mengopek dan menelan mencekik durian terbabit..
mereka semua(kak mimi,kak tika dan kak waniey)...
telah meninggalkan bahan buangan mereka berupa biji durian,biji rambutan dan jugak kulit rambutan bergelimpangan bertaburan di atas meja panjang kesayangan kita itu..


lantas...
saya sebagai adik bongsu..
bertindak mengambil alih tugak kakak sulong yang pulang bercuti...
perghhh!!!TOUGHHHHHH wa cakap lu!!!




ni lah rupa meja kita ya...
xder la teruk sangat...
cuma bau buah durian yang membuatkan ia menjadik teruk...hehe

setelah saya berleter berpokpek ber 'eeeeeewww'sepanjang proses mengemas(ala..xpenah wat sblom ni)...
barula mereka(kak waniey dan kak tika)turun padang..
ketika proses mencuci berlaku..
kak mimi suda keluar berjalan-jalan sama itu abg Amar(p buat report sbnrya)


kak tika telah menjalankan tugasnya sebagai kakak apabila bertindak untuk mencuci segala pinggan mangkuk periuk belanga sudu garpu...
tika itu...
saya suda bahagia...
kak waniey pula telah berbaik hati menyapu sampah...
tinggallah saya seorang untuk kemas saki baki sampah dia ats meja...


untuk pengetahun kak ayu..
saya telah menyental meja tersebut dengan sabun LIFEBOYA saya itu..
wangi suda meja kita itu...


setelah bersih...
kami makan dengan lahapnya....


sekembalinya kak mimi ke hostel tercinta kita ini...
meja tersebut 50% kembali bersepah..
setelah saya berpokpek...
meja itu kembali bersih...
dapat lah saya study dengan amannya... :)


oh ya...
saya terlupa nak beritahu kak ayu...
bahawa sesungguhnya...
saya telah mengemas katil,mendobi baju dengan mesin,menyapu sampah di sekeliling katil sendiri serta...
mencuci kipas saya daripada habuk-habuk yang melekat di badannya itu....
baikkan saya semalam???


bila tiba waktu tidur..
kami semua tidur dengan amannya...


hari ini...
kejadian semalam hampir berulang....
cuma meja kita itu,
50% saja semak yer..


malam ni...
tiada siapa yang berbaik hati untuk mengemasnya selain kak waniey..
beliau telah mengutip sampah dan membasuh pinggan yer...
terima kasih kak waniey...


tinggallah meja kita tu bersama sisa-sisa makanan..
sesungguhnya...
kami berempat sudah tiada kudrat untuk mengemas...
masing-masing suda terbongkang atas katil,
kak waniey penat merempit,kak mimi tangan luka,kak tika penat pegi kelas,
manakala oshin penat merempit dan pegi kelas...
kelas saya bermula seawal 7.30 pagi sehinggalah 7.00 malam..
hari ni...
saya telah rajin untuk menghadiri semua kelas..
sila ucap tahniah kepada saya..hehe.. :)


kak ayu,
sepeninggalan kak ayu...
kami berempat teramatlah sunyi..
tiada siapa mahu mengejutkan kami untuk ke kelas,
marah kami bila kami mandi tengah malam,
tiada sapa yang mahu mengemas meja secara sukarela sersukarela kak ayu...
tiada siap juga yang rajin bertanya menu makanan untuk diorder di kedai...


sesungguhnya..
kami berempat terseksa sejak peninggalan kak ayu...
PULANGLAH CEPAT SIKIT!!
KASIHANILAH KAMI...
ADIK-ADIKMU INI!!!


KAMI RINDU KAMU!!
empat-empat bersetuju
lepas nih jangan cuti dah nah...
biaq kami yang cuti....
kak ayu xleh cuti....
hehe... :)
saya gurau saja part tu...


apa-apapun...
KEPULANGAN KAMU DINANTI... :)

janganlah pula kak ayu risau dengan keadaan kami...
InsyaAllah...kami boleh melaluinya...
doakanlah kami selamat disini....





XOXO


Lots of Love,





NOTA KAKI SAIZ LAPAN:  saja nak buat teruk!! hehe :D padahal tak der la teruk mana pun...
teringin nak buat ayat macam dalam buku(melayu tulen punya ayat)..
tapi xterror...kalau ada yang salah....minta maaf lah yer....
hehe... :)

Monday, July 04, 2011

Outing with roomates & Kak Lis!!

hye guys!!
kali ni oshin nak cerita pasal outing ngan roomates...
which are kak Ayu,kak Tika,kak Waniey n kak Lis!!
yayyy!!

so,
kami keluar  semalam...
ala..
pegi Prangin Mall jer...

kitorang pegi pun sebab nak tengok cerita Sekali Lagi..
so,
seawal pukul 11 kami dah bertolak pegi Komtar..
pukul 12 sampai dah.. :)
so,
sampai ja sana...
terus la nak pegi beli tiket wayang kan...

takut la jugak kalau habis...
biasa la weekends..

so,naik la ke tingkat 5 Prangin Mall..
sekali tengok...
showtime Sekali Lagi pukul 3.25..

MAK AIH!!
lambat lagi tu..
masa google malam sebelum tu..
tengok showtime ada pukul 2.25...

so,
call kak Lis dulu tanya macam mana..
kak Lis kata..
kalau xsempat tengok wayang sekali...
lepas wayang baru hangout ngan dia...

so..
lepas sembang-sembang..
bincang-bincang apa semua..
kami putuskan..
nak tengok..
KL GANGSTER n SEKALI LAGI....

YES!!
I REPEAT!!
KL GANGSTER n SEKALI LAGI!!

tak main-main aih...
betul nih...
cancel GCB Mcd n ganti dengan KL GANGSTER
(plan asal nak makan GCB Mcd..last-last cancel sebab ada yang takut xcukup duit..oshin xkisah sangat..habis-habis sangat puasa jer la kalau xder duit..hehe)

so,12.50..
kami tengok KL GANGSTER..
dalam pukul 2 lebih-lebih habis la...
memang best la!!
dah la dalam panggung tu ada orang xsampai 10 orang..
lagi nikmat la nak tengok...
hehe...

so,
habis ja KL GANGSTER...
oshin pun pegi belikan tiket SEKALI LAGI...
mak aihhhh...
beratur panjang kot...
huhu...

so..
lepas beli..kitorang pegi makan SIZZLING MEE
SEDAP WA CAKAP LU!!
berbaloi la dengan harga dia tu...
cukup rasa.. :)

lepas makan..
kami pegi urut-urut badan kat kerusi Gintell,Ogawa(ye ker macam tu??hehe)
sementara nak tunggu kak Lis...
kita massage la dulu...
hehe..
berbaloi la jugak..
RM 1 untuk 3 minit...
ok what!! :)

so,
elok jer kak Lis sampai..
kami terus masuk panggung tengok SEKALI LAGI...
okeh..
memang terbaik lah!!
xrugi duit tuu... :)

habis jer movie tu...
kitorang g karok la...
RM 1.20 satu lagu..

YAPPP!!
RM 1.20 SATU LAGU!!
MURAH AITE??
tapi...
sound dia xla best sangat...
macam pecah pun ada...

kalau nak lepas stress n tengah sengkek tu.,...
memang sesuai la karok kat sana..

lepas karok..
jalan-jalan jap sebelom balik..

dalam pukul 8,bertolak la balik..
kak Waniey n Kak Lis balik ngan transport sendiri...
tinggal la kami tiga orang naik bas...huuu~

dalam bas xramai sangat orang...
best gak xramai orang..
x der la sesak sangat....

so..nak dijadikan cerita...
dah nak sampai Balik Pulau..
oshin baru perasan yang wallet dah HILANG!!

dah carik satu bas...
tapi xder..
bila ingat-ingat balik..

oshin ada keluarkan masa atas bas...
nak kira duit...
maybe dah terjatuh...
memang langsung xsedar...

bila tengah kalut-kalut cari..
baru la teringat..
ada la satu mamat yang duduk depan oshin nih..
dia penah pusing tengok kat oshin sekali tau..
dengan muka yang ada makna somethin'

elok jer lepas dia tengok oshin..
ada orang tekan loceng..
n dia pun turun gak..
dalam keadaan tergesa-gesa..

bila ingat balik...
terus syak dia...
tapi nak bole buat apa dah...
dia pun dah hilang...

SEDIH gila kot...
duit dalam wallet tu la yang nak guna untuk makan minggu ni...
IC lagi..
Kad ATM pun hilang.. :'(
tiket-tiket wayang pun hilang..
kunci rumah yang oshin letak dalam tu pun hilang...
paling terkilan...
payment slip yang oshin dapat dari ZEEL PRODUCTION masa berlakon ngan diorang pun hilang..
sedih sangat..
sayang gila ngan slip tu...huhu.. :(
tu la bukti yang oshin penah berlakon selain daripada gambar-gambar..

so,
sampai ja Balik Pulau..
terus call Pak Chaq..
(teksi sapu dan jugak bapak angkat oshin kat sini **dia yang mengaku kat orang dulu oshin nih anak dia..adoi~)

dia mai amik kat Kongsi..
oshin cerita semua kat dia..
n dia suruh buat report..
dia pun pesan..
kalau ada apa-apa..
terus bagitau dia..
dia kata.,..
kalau takdak duit..
bagitau dia...
dia bagi duit...
sumpah terharu gila...

pak chaq banyak tolong oshin..
dia kata..
kalau nak buat kad bank n xdak duit...
bagitau dia...
dia akan bagi duit...

xtau la macam mana nak balas budi dia macam mana nanti...
budi kak Ayu n kak Tika pun oshin xtau nak balas macam mana...
ucapan THANK YOU memang xcukup...
diorang yang naikkan semangat oshin n temankan oshin pegi balai petang tadi...
TERIMA KASIH PAK CHAQ,KAK AYU,KAK TIKA..

kepada sorang mak cik ni...
terima kasih sebab sedekahkan duit kat oshin...
terima kasih sangat...
kat pak chaq pun sama....
terima kasih sedekahkan duit...anggap oshin macam anak pak chaq..selalu bagi nasihat...dan selalu amik berat pasal oshin....terima kasih pak chaq!!!


ok-ok..
tutup cerita sedih..
air mata mengalir kot masa taip entry nih...
huhu... :'(

ok la...
jom usha pics-pics semalam... :)


KL GANGSTER TIME!!! <3


orang xdak dalam panggung...
sila la berPHOTO GEDIK!!
hehe



sila SILENTKAN phone dalam panggung wayang!!!



ok...
saya mengaku..
saya letak kaki atas kerusi depan....
bakal mak mertua..
sila buat-buat xnampak pics ni yer...
alasan nak cover diri::lenguh kaki la jalan tadi...tu yang angkat kaki..hehe


LUNCH TIME!!!


SIZZLING YEE MEE!!!
YUMMMMEEEEHHHH!!!



jemput makan semua!!



:)
with kak tika n kak waniey... <3



weee~~



with kak Tika n kak Ayu...
<3

KAROK TIME!!!



pilih lagu weyhh!!haha..
manual punya!!




joget sakan!!haha!!


weeeheee~~


kak lis!!
<3 <3



group pics...
masa dalam panggung wayang...hehe


group pics kat luar!! :)


report oshin buat petang tadi... :)


ok lah...
tu jer post oshin kali ni...
till da next post!! :)


XOXO


Lots of Love,

Saturday, July 02, 2011

WANTED : Blog Link for My Bloglist

jom join segmen nih... :)
klik kat banner bawah ni ok... :p




XOXO


Lots of Love,

Friday, July 01, 2011

Seminggu 100 Follower Kembali

jom join segmen ni...
klik kat pics yer... :)






XOXO

Lots of Love,

Thursday, June 30, 2011

50th FOLLOWERS

alhamdulillah...
followers dah 50...
kan oshin dah kata followers yang ke50 akan dapat award kan...
so..
ni la awardnya..


xder la elok mana pun..
oshin pun still belajar lagi edit-edit pics guna Photoshop nih.. :)
dan sesungguhnya..
aku xkisah sama ada follower yang ke 50 tu nak letak ke tak kat blog dia..
kita ada hak kita sendiri kan..
xkan nak paksa-paksa orang kan... :)

so,
sapa yang bertuah tu???

haaaa...
tengok nih..


orangnya adalah pemilik blog yang bertajuk Ceritamamat
sori la..
oshin xdapat nak pegi mainpage blog beliau..
dah try dah..
tapi dia kuar macam nih...


bab ni..oshin akan cerita dalam post yang lain k..
oshin nak cepat nih..
ada class pkul 2 nih..

kepada pemilik blog tu..
sila la emailkan email address anda kat oshin yer..
oshynalyani@yahoo.com..



XOXO

Lots of Love,

Wednesday, June 29, 2011

hohohoho

mak aih tajuk...
macam Santa Claus masa Krismas tu...
hehe..

ok2..
straight to the point k..
**konon nak cepat la nih**

sekarang nih followers Oshin dah 49 (bajet macam 490!!)
lagi 1 jer nak cukup 50 (ok la tu kan)
so...
Oshin dah niat dalam hati dulu nih..
if followers dah 50..
oshin nak bagi award..

xder la grand mana pun..
maybe just pics jer yang menunjukkan yang dia adalah followers blog Oshin yang ke-50
bole la dia letak kat blog kalau dia nak kan... :)

so..
sekarang ni...
oshin nak design award tu..
sapa la yang jadik followers ke 50 tu kan..
errmmm...

apa-apa pun..
thank pada yang dah follow oshin.. :)
<3 korang!!


XOXO

Lots of Love,

Wordless Wednesday #3




XOXO

Lots of Love,